My Friends...


I made this widget at MyFlashFetish.com.


Wednesday 22 February 2012

Cinta Baru Hadir di saat aku dalam Kesulitan..Alhamdulillah,Terima Kasih Ya Allah~

assalammua'laikum w.b.t rakan2 blogger ku sekalian...
harap2 korang dan semua orang berada dalam keadaan sihat sejahtera..
fuuhhh, agak lama aku tak bikin entry baru..tiba2 rasa macam kekok pulak nak update blog aku ni..
bukan apa beb, semenjak 2-3 menjak ni, macam2 hal yang aku alami..
di saat aku update ni, aku dalam WAD..pergghhhh, memang BOSAN beb..
tapi ada perkara terbaeekk yang berlaku..sekarang dah hilang BOSAN yang aku alami 2-3 hari lepas..
haaaa, itu yang aku nak kongsi cerita dengan korang semua..kalau nak baca, dipersilakan..kalau tak nak baca, tunggu apa lagi?? blah laa, hahaha...
macam ni ceritanya..aku nampak Kekasih Hati aku ni masa hari pertama aku masuk wad..
aku teringin nak tegur, tapi perasaan aku bercampur-baur..takut ada, malu pun ada..
Kekasih Hati aku ni adik pesakit depan aku..pesakit depan aku ni pulak member aku..
haahh, memang bagus la..senang sikit nak ''adjust''..hehe
tapi korang jangan salah faham beb, sebelum aku nak ''adjust'' Kekasih Hati aku ni, aku mintak IZIN dulu beb..bukan terus ayat suka2 hati..tua macam mana pun kita, kita perlu HORMAT orang walaupun orang itu lebih muda dari kita..tak payah la kita nak tunjuk BESAR KEPALA kita..siapa pun kita, tinggi mana pun pangkat kita, kita SAMA sahaja dari pandangan Allah s.w.t, hanya AMALAN kita yang membezakan kita..
hari kedua, aku dah malas tunggu lagi..takut2 terlepas nanti, hehehe..
aku pun mula la berbual2 macam biasa, dalam masa yang sama perasaan malu dan takut tu tetap ada..aku suka tengok cara dia berbual, ketawa, bila dia serius aku jadi CUAK..maklumlah, baru kenal..takut2 aku terlepas cakap sesuatu yang mungkin membuat dia berasa kurang selesa..apa pun, aku suka perwatakan dia..
Simple but Nice..
entah laa, memang aku dah menaruh perasaan terhadap dia..
beb, aku tak boleh tahan lagi dah..mintak tolong abang dia jadi ''posmen''..nasib baik abang dia Sporting beb..dan semalam 21 Februari 2012, aku berterus terang yang aku ni dah jatuh hati terhadap dia, senang cerita, aku Sayang dan Cinta kan dia..agak ''nervous'' aku menanti jawapan Kekasih Hati ku itu..dan Alhamdulillah, jawapan yang aku harapkan terungkap dari bibirnya..
tersangat-sangatlah ''gumbira'' hati ku ini..hehehe
hanya Yang Mulia sahaja tau dan faham betapa sayangnya Yang Terbaik ini terhadap Cahaya Yang Satu itu..
Insya'Allah, aku takkan sia2 kan peluang yang diberi Kekasih Hati aku tu..selagi aku terdaya, selagi hayat aku ada, Insya'Allah aku akan lakukan yang terbaik untuk dia..
Kekasih Hati aku tu takut kalau2 hubungan kami mengganggu pelajaran dia..aku takkan buat sesuatu yang akan membuat dia hilang fokus dalam pelajaran..aku ni tak lah pandai, tapi mungkin aku boleh bantu sedikit sebanyak dalam pelajaran dia, itu JANJI aku..beb, ini kurniaan Cinta dari Allah s.w.t
okeylah beb, sampai sini dulu perkongsian Ceritera Cinta aku..
dah penat beb, aku stop dulu..
dan seperti biasa sebelum aku stop, macam biasa..
Jangan Tunggu Bila Nak Jadi Ustaz, tapi Bila Korang Nak Start..
wassalam semua..
      

No comments:

Post a Comment

leave your comment here..i will reply A.S.A.P :)