My Friends...


I made this widget at MyFlashFetish.com.


Thursday 24 November 2011

Dahsyat betul GADIS ni!!! Terharu rasanya~

assalammua'laikum w.b.t semua...
apa cerita korang hari ni?? confirm sekarang semua tengah melayan cerita Tentang Dhia dekat TV3 tu kan??
haha,aku dah agak dah sebab aku pun layan jugak..hehe..
bukan apa beb,,penat2 kerja,,balik mandi,,solat dan terus layan cerita Cinta..memang 'feel' la..
sebut pasal Cinta ni,,aku nak berkongsi sesuatu dengan korang..kes ni terjadi pada 22 November 2011 jam 5.23 petang..tu tarikh ulangtahun kelahiran aku..tengah sedap aku makan2 dengan keluarga aku,,handphone aku berbunyi dengan lagu 'Madu Tiga',,[tu pun nak bagitau]..hehe..ok,,,macam ni ceritanya..
aku pun jawab la panggilan tu dengan penuh keyakinan diri walaupun aku tak tau nombor siapa..perghh,,poyo siot ayat aku..rupa2nya,,'awex' yang call..tapi aku tak kenal,,dia cakap dia kenal aku dari zaman sekolah lagi tapi dia hanya mampu melihat dari jauh sebab masa tu aku sedang 'berpacaran' walaupun aku adalah Kekasih Yang Tak Dianggap,,huhu..arghhh,,itu cerita lama beb..yang aku nak cerita sekarang ni ialah,,macam mana dia tau harijadi aku?? tapi bila aku fikir,,oh..mungkin dari facebook..tapi jangkaan aku SALAH..dia cakap,,dia tak bukak pun facebook..dalam fikiran aku 'YELAH TU'..tapi bila di cakap dia ingat harijadi aku sebab dia terdengar lagu kegemaran aku..ahh Sudah,,mana dia tau lagu kegemaran aku?? 'saiko' ke budak ni..aku pun uji dia lagi,,apa lagu kegemaran aku yang dia TAU sangat tu..dengan 'slumber' dia bagi jawapan yang tepat..bukan tu je yang dia tau,,makanan,,minuman,,tempat lepak aku semua dia tau..eh beb,,cuak jugak aku dibuatnya..'spy' ke apa dia ni..dia mula ungkit zaman sekolah yang dah bertahun aku tinggalkan..dari kelas,,sukan,,semua dia tau..kes disiplin aku pun dia tau..uihh,,memang GILA la budak ni..nasib baik yang 'dalam2' dia tak tau..hehe..aku mengaku yang aku TERHARU sebab ada insan yang ambik tau tentang diri aku sedalam tu,,tapi pada masa yang sama aku TAKUT..beb,,takkan la korang tak takut bila ada orang tau SEMUA pasal korang tapi korang tak kenal dia..confirm TAKUT beb..aku suruh dia letak panggilan dulu,,sebab ni 'family time'..lepas selesai semua,,aku call dia balik..sembang punya sembang,,rupa2nya dia muda 1 tahun dari aku..mula la Luahan Hati dari dia..aku sedih beb..dah lama dia tunggu aku sebenarnya,,sejak dari zaman sekolah hingga lah ke hari ni..selama ni aku tak nampak dia..tapi di saat aku MENDERITA,,dia hadir..bukan senang nak cari insan yang sanggup SUSAH bersama..betul kata seorang Ustaz tu,,jangan kesalkan jika kita Hilang sesuatu/seseorang kerana Allah s.w.t mahu menggantikan yang lebih baik..contohnya,,kita hilang kasut..dalam keadaan yang bengang,,kita pergi beli kasut BARU..tengok,,dengan hilangnya kasut kita,,kita dapat merasa kasut BARU..maksudnya,,ada HIKMAH di sebalik kejadian yang menimpa kita..GADIS ni masih menanti jawapan aku hingga ke saat ini..ini untuk GADIS tersebut..
Awak,,saya tau Awak baca semua ni..Awak tak perlu MALU..tiada kes Perigi Cari Timba di sini..di sini adalah Kesetiaan Awak menanti..beri saya sedikit masa..saya tak nak jadi bila dah DAPAT,,saya di CAMPAK..Insya'Allah penantian Awak yang bertahun2 tu akan BERBALOI..cuma bagi saya sedikit je masa..Awak pun tau apa dah jadi kan?? sabar ye Awak..bertahun2 boleh tunggu,,takkan sekejap tak boleh..saya hargai apa yang Awak luahkan pada saya dalam 'phone'..terima kasih jugak sebab pandai MENCARI nombor saya..hehe..tapi saya harap sangat2,,seandainya jawapan saya Positif nanti,,janganlah hancurkan Kesetiaan Awak dengan menghancurkan Perasaan saya..Awak,,lagu ni untuk Awak..tengok mana tu,,dekat bawah ni la..khas untuk Awak,,dulu untuk orang lain..tapi orang tu..well,,Awak pun tau..apa pun,,saya takkan Ubah lagi..ini memang untuk Awak..enjoy k..


beb,,aku memang tabik la dia ni..mesti korang fikir 'ala,tengah bercinta,semua bagus'..tapi korang silap,,kalau pun aku tak jadi dengan dia,,aku tetap tabik dia sebab dia tau tentang aku dengan terlalu banyak..walaupun dah bertahun2,,dia still ingat..oklah beb,,sampai sini dulu ok..kalau jadi aku dengan dia,,akan 'timbul' relationship dekat 'wall' fb aku..tapi sabaq,,aku dok pikiaq lagi ni..ok beb,,seperti biasa..hahaha..
Jangan Tunggu Bila Nak Jadi Ustaz,,tapi Bila Korang Nak Start..


wassalam semua... 

Monday 21 November 2011

Sentiasa Redha beb...

assalammua'laikum w.b.t semua..
aku harap,,korang berada dalam keadaan yang Sihat Sejahtera..
hari ni aku sekadar ingin 'mencoretkan' segulung kata2..
harap2 korang tak benci 'tulisan' aku kali ni..
aku pun tak bebel lagi,,terus ke 'tajuk' ok..
beb,,Emosi tidak akan membimbing korang untuk memikirkan sesuatu yang Positif..
oleh itu,,tenangkan diri korang dulu dan Redha..
maafkan atau lupakan kesilapan masa lalu,,jangan korang kesalkan..
Redha adalah yang Terbaik beb..
dan kemudian,,bangkitlah membebaskan diri korang,,
untuk Hari Ini dan Masa Depan korang..

korang takkan boleh dapat apa yang korang inginkan Jika,,,
korang asyik mengeluh dengan apa yang Telah korang miliki..
jadi,,Bersyukurlah..dan Redha dengan apa yang telah dikurniakan..

Allah s.w.t Memuliakan mereka yang bekerja keras dengan Keikhlasan..
ingat beb,,bekerja jugak adalah 1 Ibadah..
dan Modal untuk korang berjaya adalah Doa..

Jangan Berhenti Berusaha ketika menemui Kegagalan..
kerana,,Kegagalan adalah cara Allah s.w.t menguji kita..

Tak Salah jika korang mengambil berat tentang seseorang,,
tapi yang Salah adalah jika korang mengharapkan dia melakukan perkara yang sama..
Jangan Pedulikan dia yang Membenci korang..
dia bukan insan yang layak mendapat Perhatian korang..
tapi yang penting adalah seseorang yang Selalu ada di sisi korang..
Susah dan Senang..
tidak kiralah siapa 'seseorang' itu..

dalam hidup ni,,
orang takkan peduli apa yang korang tahu..
tapi mereka akan peduli jika mereka sedar bahawa,,
korang tahu tentang mereka  dengan mendalam..
ni semua adalah Hukum Karma beb..
senang cerita,,Lumrah Kehidupan..

korang takkan tahu betapa tulusnya Cinta si Dia pada korang..
korang hanya akan dapat tahu Ketulusannya ketika,,
korang berada dalam keadaan yang Teruk..
jika si Dia masih bersama korang,,memang tepat pilihan korang..
tapi jika si Dia 'lari' di saat tu,,korang nilailah sendiri..
tapi ingat beb,,jika korang Membenci seseorang,,
korang telah merumitkan kehidupan korang sendiri..

beb,,jangan cepat Putus Asa..
sekiranya Doa korang belum dimakbulkan,,
jangan kecewa kerana,,
Allah s.w.t mempunyai rancangan yang jauh lebih baik untuk korang..
jadi,,Redha..

ini bukan sekadar 'conteng2'..
tolong fahamkan..
aku 'conteng' perkara atau kata2 macam ni sebab,,
aku dah Lalui..cuma ini yang dapat aku kongsikan..
cuba korang hayati klip di bawah ni,,korang akan faham..


beb,,jangan terlalu mengenangkan kisah lalu..
lupakan..
lebih sedap jika korang Redha..
semua yang aku 'tulis' ni adalah tentang aku..
aku juga selalu mengingatkan diri aku supaya,,
REDHA...
Alhamdulillah,,aku sempat berkongsi sesuatu dengan korang..
aku tau,,ia tak seberapa..aku faham..
aku pun bukanlah pandai sangat..
oklah beb,,ak choww dulu..nak rehat kejap..
ingat pesan2 aku..
macam biasa,,haha..aku tak lupa beb..
Jangan Tunggu Bila Nak Jadi Ustaz,,tapi Bila Korang Nak Start..
wassalam semua..

Sunday 20 November 2011

aduhaii,tengah 'Kacau' ni...

assalammua'laikum w.b.t semua...
oitt,,'time2' macam ni,,korang buat apa yer?? adakah korang baru bangun tidur??
weii,,apa teruk benar perangai korang ni..dah petang baru bangun..
aku tak apa la,,aku tengok BPL [Barclays Primier League]..aku pun macam korang jugak,,haha..
mengantuk beb..lepas blogging ni,,nak sambung 'sleeping'..
beb,,semalam aku ada dekat Stadium Gelora Bung Karno..penuh beb..rasa takut pun ada..
tapi,,tak la takut sangat sebab aku duduk sebelah Dato' Seri Ahmad Shabery Chik dengan sebelah 'coach'..
haha..penipuan aku ni melampau2 sangat tak??
bukan apa,,otak tengah BIOL ni..totally BIOL..alahai,,menyesalnya diriku ini kerana melepaskan 'awek' lama aku..sekurang2nya,,dia ingat jugak dekat aku..tapi 'dia' ni,,lepas dapat 'balak' baru,,terus buang aku..
heiii,,waley2 heii..tak apa,,aku ingat..adoii,,mengantuknya..
tapi tak apa,,demi negara,,aku teruskan jugak..tengok,,keBIOLan aku makin terselah..huhu..
beb,,jangan lupa doakan pasukan Harimau Muda kita menentang 'Indon' pada 21 November 2011,,jam 8.30 malam waktu Malaysia..aku harap,,Kemenangan berpihak pada pasukan Negara..Insya'Allah..
tapi kan..22 November 2011 hari penting..ishh,,malu la nak bagitau..
tarikh tu,,aku menikah..eh,,sorry2..salah statement..pasangan pun tak ada,,nak menikah apanya..
tu tarikh ulangtahun kelahiran aku yang ke-6..baru 6 tahun..haha..
beb,,aku mengantuk sangat2 ni..idea pun tak ada..erm,,esok aku tulis ayat Jiwang baik punya..
oklah,,sampai sini je keBIOLan aku..tapi macam biasa..
Jangan Tunggu Bila Nak Jadi Ustaz,,tapi Bila Korang Nak Start..choww..
wassalam semua... 
  
 

leave your comment here..i will reply A.S.A.P :)