My Friends...


I made this widget at MyFlashFetish.com.


Friday 28 October 2011

kini aku Sendiri...tapi ada.......

assalammua'laikum w.b.t semua..
hmm,dah lama aku tak update blog aku ni..jadi hari ni aku kembali dengan sedikit perasaan yang sedih..nak layan facebook,dah bosan..baik aku menaip walaupun ada yang mengarut..senang cerita,aku nak berkongsi pendapat dengan korang semua..
CINTA,apa tu ye?? aduh,aku tanya korang macam aku ni Pakar Cinta/Motivasi la pulak..
secara ringkasnya,jangan Terlalu menyintai seseorang kerana kita akan kecewa kelak..jangan korang fikir yang korang dah berjanji sehidup semati,korang dapat bersama..
kita merancang dan Allah S.W.T pun merancang..tapi Ingat,perancangan-Nya adalah sebaik-baik perancangan..korang jangan sedih seandainya perancangan korang punah..
Ingat ye kengkawan,kalau sesuatu atau seseorang itu ditakdirkan hilang dari hidup korang,sebenarnya Dia hendak menggantikan sesuatu atau seseorang yang hilang tersebut dengan yang lebih baik..aku mengaku,inilah yang sedang terjadi dalam hidup aku..pada mulanya agak sukar untuk aku terima,tapi jika kita lebih mendekatkan diri kita dengan Allah S.W.T,semua keresahan akan Hilang,Insya'Allah..
sekarang aku teruskan hidup dengan tenang,aku berjanji akan buang baran aku..selama ni aku seorang yang baran,tapi kini aku dah sedar..
aku ada seorang sahabat baik,yang betul-betul baik..tapi aku selalu sakitkan hati dia..
nama dia Eym Jay Ai a.k.a Mohd Johan Ismail..kami dah kawan lama..aku teringat suatu ketika dulu,kami bertengkar dalam bilik persalinan bolasepak yang pada masa itu pasukan kami seri..kami bertegang urat dan hampir bertumbuk..pada satu hari,kami berlatih untuk pemilihan,tiba-tiba Joe [MJI] koma 15 minit..cuak jugak aku..keesokan harinya,aku dapat tau yang Joe dah balik rumah,aku pun terus pergi ke rumah dia dengan Abul..alamak,gambar Abul tak ada..aku tengok,sihat pulak budak Joe ni..banyak lagi kenangan aku dengan kengkawan aku..tapi aku rasa,sampai sini cukup la kot..apa pun,Joe jangan lupa kita jamming lagu Hidup Bersama..maksud aku,bukannya aku nak Hidup Bersama dengan Joe ni..ish,bahaya tu beb..maksud aku,harapan aku agar persahabatan kami kekal..Amin..
Okeylah geng,aku undur diri dulu..ada masa,aku update lagi..
wassalam semua.. 

2 comments:

  1. thanks Zul....sahabatku selamanya~

    ReplyDelete
  2. Joe,aku mintak maaf di atas semua Kekhilafan aku selama kita berkawan..anyway,kau tetap sahabatku,Selamanya.....

    ReplyDelete

leave your comment here..i will reply A.S.A.P :)