My Friends...


I made this widget at MyFlashFetish.com.


Monday 21 November 2011

Sentiasa Redha beb...

assalammua'laikum w.b.t semua..
aku harap,,korang berada dalam keadaan yang Sihat Sejahtera..
hari ni aku sekadar ingin 'mencoretkan' segulung kata2..
harap2 korang tak benci 'tulisan' aku kali ni..
aku pun tak bebel lagi,,terus ke 'tajuk' ok..
beb,,Emosi tidak akan membimbing korang untuk memikirkan sesuatu yang Positif..
oleh itu,,tenangkan diri korang dulu dan Redha..
maafkan atau lupakan kesilapan masa lalu,,jangan korang kesalkan..
Redha adalah yang Terbaik beb..
dan kemudian,,bangkitlah membebaskan diri korang,,
untuk Hari Ini dan Masa Depan korang..

korang takkan boleh dapat apa yang korang inginkan Jika,,,
korang asyik mengeluh dengan apa yang Telah korang miliki..
jadi,,Bersyukurlah..dan Redha dengan apa yang telah dikurniakan..

Allah s.w.t Memuliakan mereka yang bekerja keras dengan Keikhlasan..
ingat beb,,bekerja jugak adalah 1 Ibadah..
dan Modal untuk korang berjaya adalah Doa..

Jangan Berhenti Berusaha ketika menemui Kegagalan..
kerana,,Kegagalan adalah cara Allah s.w.t menguji kita..

Tak Salah jika korang mengambil berat tentang seseorang,,
tapi yang Salah adalah jika korang mengharapkan dia melakukan perkara yang sama..
Jangan Pedulikan dia yang Membenci korang..
dia bukan insan yang layak mendapat Perhatian korang..
tapi yang penting adalah seseorang yang Selalu ada di sisi korang..
Susah dan Senang..
tidak kiralah siapa 'seseorang' itu..

dalam hidup ni,,
orang takkan peduli apa yang korang tahu..
tapi mereka akan peduli jika mereka sedar bahawa,,
korang tahu tentang mereka  dengan mendalam..
ni semua adalah Hukum Karma beb..
senang cerita,,Lumrah Kehidupan..

korang takkan tahu betapa tulusnya Cinta si Dia pada korang..
korang hanya akan dapat tahu Ketulusannya ketika,,
korang berada dalam keadaan yang Teruk..
jika si Dia masih bersama korang,,memang tepat pilihan korang..
tapi jika si Dia 'lari' di saat tu,,korang nilailah sendiri..
tapi ingat beb,,jika korang Membenci seseorang,,
korang telah merumitkan kehidupan korang sendiri..

beb,,jangan cepat Putus Asa..
sekiranya Doa korang belum dimakbulkan,,
jangan kecewa kerana,,
Allah s.w.t mempunyai rancangan yang jauh lebih baik untuk korang..
jadi,,Redha..

ini bukan sekadar 'conteng2'..
tolong fahamkan..
aku 'conteng' perkara atau kata2 macam ni sebab,,
aku dah Lalui..cuma ini yang dapat aku kongsikan..
cuba korang hayati klip di bawah ni,,korang akan faham..


beb,,jangan terlalu mengenangkan kisah lalu..
lupakan..
lebih sedap jika korang Redha..
semua yang aku 'tulis' ni adalah tentang aku..
aku juga selalu mengingatkan diri aku supaya,,
REDHA...
Alhamdulillah,,aku sempat berkongsi sesuatu dengan korang..
aku tau,,ia tak seberapa..aku faham..
aku pun bukanlah pandai sangat..
oklah beb,,ak choww dulu..nak rehat kejap..
ingat pesan2 aku..
macam biasa,,haha..aku tak lupa beb..
Jangan Tunggu Bila Nak Jadi Ustaz,,tapi Bila Korang Nak Start..
wassalam semua..

2 comments:

  1. betol! membenci seseorang tu mmg akan merumitkan dri sendry..^^

    ReplyDelete
  2. yeah..tak guna membenci orang..
    seeloknya kita doakan dia..
    itulah Redha..thanks for comment..

    ReplyDelete

leave your comment here..i will reply A.S.A.P :)