My Friends...


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Saturday, 24 December 2011

Cinta dan Kehidupan~

assalammua'laikum w.b.t semua...
yeah,,aku kembali dengan penuh Confident untuk mengUPDATE..haha..
tak perlu la korang tanya update tentang apa..
ye,,Tentang Cinta..
rileks la beb,,aku memang suka Cintan-Cintun ni..
alamak,,lupa nak tanya..
korang sihat??
aku sihat2 saja,,Alhamdulillah..
ok,,let's jom ke tajuk kita..

-Cinta dan Kehidupan-

beb,,Cinta tidak pernah Meminta tapi Cinta selalu Memberi..
tak meminta,,tapi diberi..memang Aneh bunyinya..
itulah yang digelar Keikhlasan..
korang jangan tak percaya pulak..ini Fakta dan bukan Auta dan bukan juga Unta..
hehe,,bergurau sikit..
Cinta juga membawa Penderitaan tetapi tidak pernah Berdendam dan ingin Membalas Dendam..
itulah Keajaiban Cinta..
di mana ada Cinta,,di situ ada Kehidupan..begitu juga sebaliknya..
manakala Kebencian membawa kepada Kemusnahan..
Allah s.w.t menganugerahkan 2 kaki untuk berjalan..
2 tangan untuk memegang..
2 telinga untuk mendengar..
dan 2 mata untuk melihat..
tetapi Allah s.w.t hanya memberi kita Sekeping hati..
sebenarnya kita kita ada 2 keping hati,,tapi Allah s.w.t telah memberikan kepada insan lain..
tujuan Allah s.w.t berbuat demikian adalah supaya kita mencari hati kita yang Sekeping lagi..
apabila kita telah menemui hati tersebut,,itulah yang digelar Cinta..
Cinta ni besar maknanya beb..
Cinta Sejati adalah ketika si dia mencintai insan lain,,korang masih mampu tersenyum..
sambil berkata ''aku turut gembira untukmu''..

Jika kita Mencintai seseorang,,kita akan sentiasa mendoakannya..
WALAUPUN,,dia tidak berada di sisi kita lagi..

Jangan sesekali korang mengucapkan Selamat Tinggal jika korang masih nak mencuba..
Jangan sesekali Menyerah jika korang masih merasa sanggup..
Jangan sesekali korang kata tidak mencintai jika korang masih tak dapat melupakannya..


  Ingat beb,,jangan Simpan kata2 Cinta kepada orang Tersayang sehingga dia Meninggal Dunia..
lantaran akhirnya korang terpaksa catatkan kata2 Cinta di Pusaranya..
Sebaiknya korang ucapkan kata2 Cinta itu sekarang selagi ada Hayatnya..
oklah beb,,sampai sini dulu..nak layan facebook kejap..
macam biasalah..Jangan Tunggu Bila Nak Jadi Ustaz,,tapi Bila Korang Nak Start..
wassalam semua.. 

No comments:

Post a Comment

leave your comment here..i will reply A.S.A.P :)