My Friends...


I made this widget at MyFlashFetish.com.


Friday 4 November 2011

di Keheningan Malam....

assalammua'laikum w.b.t semua..
yup,i'm again..dah blog aku..kawan2 aku di facebook semua dah tidur agaknya..
jadi,apa lagi..blogging la..bukan boling,tapi Blogging [entah betul ke tidak]..
hari ni dah 4 November 2011,ni bermakna 1 hari lagi umat Islam akan menyambut Aidiladha..
4 November 2011,ini juga bermakna hubungan aku dan dia akan menjangkau 9 tahun 8 bulan pada tarikh 5 November 2011,iaitu esok..
tapi dia di Kedah,aku pulak dekat Selangor..tipu la kalau aku kata aku tak rindu..
Rindu beb....
tapi apa boleh buat,kerja..
tapi bukan Kerja yang aku nak kongsi dengan korang,kita kongsi feel ok..hehe..
aku malam2 macam ni,lain tak ada selain mendengar radio Thr Gegar dalam segmen Cinta Gegar..
mesti korang fikir,saluran radio apa la yang mamat ni dengar kan??
yelah,korang layan Hot Fm,Era Fm..tapi aku orang lama beb..
lagu2 indie memang aku tak layan,aku cuma layan lagu2 yang mempunyai lirik bunga2 punya..
bila dah dengar,perghhh..jiwa melayang beb..haa,mula la wajah dia muncul dalam lamunan aku..
aiseh,ayat jiwang pulak..tapi inilah aku..jahat memang jahat,tapi jiwang..
jiwang memang jiwang,tapi jahat..tapi kalau letak dekat aku lagu Jamal dan Hermantino,confirm tangkap dalam dan tangkap leleh beb..boleh hanyut perasaan aku..
tapi ini cuma terjadi Di Kala Malam Muncul je beb,siang tak jadi..hehe..
sebab tu lah wujudnya perkataan Keheningan Malam..mana ada Keheningan Siang,haha..
aku ni suka berangan beb..tapi,yang Wajib aku tak tinggal..huhu..
apa la si dia buat sekarang ek??
kerja ke dekat rumah,berangan macam aku jugak agaknya..[mungkin]..
tak berangan macam aku pun tak apa,asalkan Ingat aku..tu yang penting..
aku sedar aku siapa..eh,tiba2 ayat pasrah pulak yang keluar..maklumlah,tengah pening..
aku tak ambik dadah ok..aduhh,derita betul..lama sangat dah tak bersua ni..
dugaan..Cobaan..jalan2 pergi Pekan cari Belacan..dah biol..
ada baik aku tidur,esok ada program..hehe..mata pun dah 'berat'..kalau aku tahan,aku merapu nanti..Fakta tak ada,tapi Auta je yang banyak..kalau korang dah baca,komen la di ruangan sebelah kanan blog ni..bawah jam tu..Insya'Allah aku balas..ok lah,ngantuk dah ni..pesanan seperti biasa..
Jangan Tunggu Bila Nak Ustaz,tapi Bila Korang Nak Start..chioww..
wassalam semua.. 
 

No comments:

Post a Comment

leave your comment here..i will reply A.S.A.P :)